Monday, June 13, 2016

Hujan Berwarna

Tarikh: 31hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Aktiviti - "Hujan Berwarna"
    • Isikan pewarna makanan yang berlainan warna bercampur dengan air di beberapa bekas yang kecil
    • Isikan air di dalam sebuah bekas
    • Semburkan krim bercukur di atas air dalam bekas
    • Gunakan straw untuk menyedut warna dan menitik di atas krim bercukur
    • Warna itu akan mengalir dari atas krim bercukur ke dalam air
    • Mereka dapat melihat warna itu tersebar di dalam air dari luar bekas
  • Selepas saya tunjukkan mereka cara untuk menghasilkan hujan berwarna ini serta cara untuk menyedut dan menitik warna dengan straw, mereka pun bermula membuat dengan diri sendiri.


  • Ini dipanggil "Hujan Berwarna" sebab krim bercukur bagaikan awan, apabila berat (warna) maka turunlah hujan.

No comments:

Post a Comment