Wednesday, June 1, 2016

Merah

Tarikh: 18hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Saya tanya mereka sama ada mereka masih mengingati ayat untuk susunan warna pelangi. Jawapannya "Tidak!" haha...
  • Jadi, saya ulang balik, tulis di atas papan dan ajar mereka cara untuk mengingati warna.
  • Kami akan membuat pelangi nanti. Ikuti susunan warna pelangi, kami bermula dengan merah.
  • Saya tanya mereka apakah barangan di sekeliling kita yang asalnya berwarna merah? Jawapan mereka adalah mainan, botol air, kertas, dan lain-lain lagi. haha... Ini bukannya jawapan yang saya mahu sebenarnya.
  • Jadi, saya pun bagi contoh, seperti sayur-sayuran ada tomato, cili, yang warnanya tak boleh diubah mengikut suka hati kita. Kali ini, adalah yang bagi jawapan lain seperti strawberi, kereta bomba, kumbang-kumbang, dan lain-lain lagi.




No comments:

Post a Comment