Tuesday, May 31, 2016

Warna Sekunder - Lekat Nama Warna Bahagian 2

Tarikh: 16hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini kami sambung dengan kerja yang tidak dihabiskan semalam.
  • Saya tunjukkan mereka tempat untuk melekatkan nama warna-warna.
  • Akhirnya, kami telah menyiapkan kerja ini pada hari ini!

Wednesday, May 25, 2016

Warna Sekunder - Lekat Nama Warna

Tarikh: 13hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini, ada beberapa yang perlu membetulkan kesilapan yang telah mereka buat dalam kelas kelmarin, supaya mendapat warna sekunder dengan betul.
  • Selepas itu, saya bagi mereka melekatkan nama-nama warna di bawah setiap petak.
  • Walaubagaimanapun, ini mengambil masa disebabkan mereka masih tidak dapat mengenali semua perkataan lagi. Jadi, kami hanya dapat menghabiskan separuh sahaja.
  • Esok kami akan sambung melekatkan semua nama-nama warna.

Hasilkan Warna Sekunder

Tarikh: 12hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini kami membuat aktiviti untuk menghasilkan warna sekunder.
  • Saya tunjukkan mereka cara untuk menghasilkan warna sekunder dahulu. 
    • 1) Saya mengambil sekeping kertas dan gunakan warna pensel. 
    • 2) Saya memilih dua warna asas, misalnya kuning dan biru.
    • 3) Saya warnakan kuning di petak pertama, biru di petak kedua. Ada simbol tambah di tengah-tengah dua simbol. (kuning + biru)
    • 4) Di petak terakhir, saya warnakan kedua-dua warna tersebut bertindih. Hasilnya menjadi warna hijau.
    • 5) Ulang balik langkah 2 sehingga 4 dengan kombinasi lain yang menggunakan mana-mana dua warna asas.
  • Ada antara mereka masih tidak faham apa yang perlu dibuat selepas saya membuat demo. Mereka telah mewarnakan dengan salah, seperti guna dua warna asas yang saya bagikan mereka untuk mewarnakan semua petak. haha...

*p/s: saya tidak dapat jumpa gambar yang telah diambilkan. kalau nanti sudah jumpa, saya akan ganti balik di sini ya.

Monday, May 23, 2016

Warna Primer, Sekunder

Tarikh: 11hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini saya bagi mereka peluang untuk bermain permainan kelmarin sekali lagi.
  • Pada kesuluruhannya, markah untuk semua kumpulan pada hari ini adalah lebih tinggi daripada kelmarin.
  • Selepas 2 pusingan, permainan ini sudah pun tamat.
  • Setelah habis permainan, saya mengajar mereka mengenai warna primer (warna asas) dan warna sekunder.
  • Warna primer (asas):
    • biru
    • merah
    • kuning
  • Warna sekunder (hasil campuran mana-mana dua warna primer):
    • ungu - biru + merah
    • hijau - biru + kuning
    • jingga - merah + kuning
  • Manakala putih dan hitam adalah untuk keterangan warna.
    • terang - campurkan warna putih
    • gelap - campurkan warna hitam

Permainan - Warna Permainan

Tarikh: 10hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm


  • Ulangkaji nama-nama warna yang telah mereka pelajari kelmarin.
  • Tambah lagi dua warna - putih, hitam
  • Permainan:
    • 3 kumpulan, 6 orang sekumpulan
    • Sebakul mainan yang mempunyai pelbagai warna. 
    • Setiap kali, saya akan menunjukkan sekeping mainan, 3 kumpulan kena berlumba angkat tangan dan sebutkan warna mainan tersebut. Kumpulan mana yang dapat menjawab dengan betul dan pantas, dapat satu markah.
  • Kebanyakan mereka tidak faham sangat peraturan permainan ini, jadi ada kumpulan yang markahnya sangat rendah.

Friday, May 20, 2016

Pilih Tema - Warna

Tarikh: 9hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini saya suruh mereka memilih tema pertama mereka.
  • Antara tema-tema yang disenaraikan termasuk
    • buah-buahan
    • sayur-sayuran
    • warna
    • kelas saya
  • Selepas membuat undian, kebanyakan mereka telah memilih "warna".
  • Sebagai permulaan, saya mengajar mereka nama-nama warna dahulu.
    • biru
    • kuning
    • merah
    • ungu
    • hijau
    • jingga
  • Setiap warna yang telah mereka belajar, saya suruh mereka carikan benda-benda di dalam kelas mereka yang mempunyai warna tersebut.

Thursday, May 12, 2016

Hari Ibu - Marshmallow Coklat

Tarikh: 6hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Hari Ibu
Masa: 3pm - 4pm


  • Akhirnya, beg kertas mereka telah disiapkan. Hari ini mereka menyediakan gula-gula yang mereka mahu hadiahkan kepada ibu mereka.
  • Langkah pertama, mereka mencecahkan Marshmallow di dalam coklat cair di permukaan atas Marshmallow. Selepas itu, mereka pun menghiaskan Marshmallow mereka dengan menggunakan makanan seperti campuran buah-buahan.
  • Akhirnya, Marshmallow dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat cair itu kering.
  • Apabila coklat sudah kering, Marshmallow dimasukkan ke dalam beg plastik yang kecil sebelum dimasukkan ke dalam beg kertas mereka.


Hari Ibu - Beg Kertas Bahagian 2

Tarikh: 5hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Hari Ibu
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini kami sambung dengan pembuatan beg kertas untuk hari ibu.
  • Selepas mereka semua sudah habis melipatkan beg kertas dan gam pun dah kering, saya suruh mereka tebuk lubang di atas beg mereka untuk dimasukkan benang tebal sebagai pemegang beg tersebut.
  • Walaubagaimanapun, hari ini kami tidak sempat mengikatkan benang. Esok pula mereka perlu menyediakan gula-gula mereka. Jadi, saya akan tolong mereka ikatkan benang dan juga melekatkan ucapan hari ibu di depan beg kertas mereka.



Hari Ibu - Beg Kertas

Tarikh: 4hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Hari Ibu
Masa: 3pm - 4pm


  • Selepas saya melakukan carian di internet, saya telah memutuskan untuk mengajar mereka membuat satu beg kertas yang kecil untuk meletakkan gula-gula mereka di dalamnya.
  • Beg kertas ini sangat senang dan saiz yang kecil ini sangat comel.
  • Saya ajar mereka dalam kumpulan kecil supaya lebih senang untuk saya nampak kalau antara mereka menghadapi masalah.
  • Hari ini hanya separuh kelas yang sempat membuat beg kertas ini. Yang lain perlu tunggu keesokan harinya.


Hadiah untuk Hari Ibu

Tarikh: 3hb Mei, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Hari Ibu
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini hari pertama untuk kelas tematik Bahasa Malaysia. Sempena Ahad ini adalah Hari Ibu, jadi kami mulakan kelas kami dengan topik Hari Ibu.
  • Saya ajar mereka mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada ibu.
  • Hari Ibu adalah Ahad yang kedua pada bulan Mei setiap tahun.
  • Selepas itu, saya suruh mereka pilihkan hadiah yang mereka mahu buat pada minggu ini untuk dihadiahkan kepada ibu mereka.
  • Antara hadiah yang telah mereka sebutkan adalah
    • kad
    • baju
    • cetakan tangan
    • kek
    • gula-gula
    • mi (saya ada tanya sekali lagi untuk memastikan saya tidak salah dengar, tetapi mereka sangat yakin dengan pilihan ini)
  • Selepas membuat undian, mereka telah memilih gula-gula.