Hadiah untuk Hari Ibu
Tarikh: 3hb Mei, 2016
Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok
Topik: Hari Ibu
Masa: 3pm - 4pm
- Hari ini hari pertama untuk kelas tematik Bahasa Malaysia. Sempena Ahad ini adalah Hari Ibu, jadi kami mulakan kelas kami dengan topik Hari Ibu.
- Saya ajar mereka mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada ibu.
- Hari Ibu adalah Ahad yang kedua pada bulan Mei setiap tahun.
- Selepas itu, saya suruh mereka pilihkan hadiah yang mereka mahu buat pada minggu ini untuk dihadiahkan kepada ibu mereka.
- Antara hadiah yang telah mereka sebutkan adalah
- kad
- baju
- cetakan tangan
- kek
- gula-gula
- mi (saya ada tanya sekali lagi untuk memastikan saya tidak salah dengar, tetapi mereka sangat yakin dengan pilihan ini)
- Selepas membuat undian, mereka telah memilih gula-gula.
No comments:
Post a Comment