Thursday, June 30, 2016

Padankan - Hijau

Tarikh: 20hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Padankan gambar dengan perkataan - topik "Hijau"
  • Selepas itu, mereka boleh mewarnakan gambar-gambar itu

Monday, June 27, 2016

Projek Hari Bapa - Origrami & Tampal Kertas

Tarikh: 17hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini pula sambung dengan origami tali leher.
  • Apabila semua sudah selesai dengan membuat tali leher, kami bermula untuk menampalkan kertas dengan tulisan "Selamat Hari Bapa" di atas tali leher mereka.

Projek Hari Bapa - Kertas Bercorak & Origami

Tarikh: 16hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Sambung dengan pembuatan kertas bercorak sebab ada ramai yang tidak sempat buat semalam.


  • Selepas itu, untuk sesiapa yang sudah membuat kertas bercorak semalam, mereka pun boleh bermula membuat origami tali leher

Projek Hari Bapa - Kertas Bercorak

Tarikh: 15hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini bermulalah projek hari bapa - membuat kertas bercorak
Seburkan krim bercukur dan ratakan di atas kerajang aluminium

Titikkan perwarna di atas krim bercukur

Titikkan perwarna di atas krim bercukur

Gunakan straw untuk membentukkan corak

Letakkan kertas lukisan di atas krim bercukur yang berwarna itu

Inilah corak yang dicetak di atas kertas lukisan selepas krim bercukur dibersihkan

Friday, June 24, 2016

Lompat Si Katak Lompat

Tarikh: 14hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Tunjukkan mereka video untuk membuat kertas bercorak
  • Buku cerita - "Sara kenal warna"
    • Memperkenalkan 7 warna pelangi
  • Menyanyi - "Lompat Si Katak Lompat”, "12 Bulan", "Hari Dalam Seminggu"

Projek Diki dan Dita

Tarikh: 13hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Menerangkan projek untuk "Hari Bapa"
    • membuat kertas bercorak
    • guna kertas membuat origami tali leher
  • Terangkan cara untuk membuat kertas bercorak
    • Peralatan - krim bercukur, pewarna makanan, kerajang aluminium, dan kertas lukisan
    • Cara:
      • letak sekeping kerajang aluminium
      • menyembur krim bercukur di atas kerajang aluminium
      • ratakan krim bercukur supaya menutupi penuh permukaan kerajang aluminium
      • menitik pewarna di atas krim bercukur
      • guna straw ataupun pencungkil gigi dan lukis di atas krim bercukur
      • warna-warna di atas krim bercukur akan bercampur dan nampak seolah ditarik dan membentukkan corak yang cantik
      • letak kertas lukisan di atas krim bercukur dan tekan kertas tersebut
      • angkat kertas tersebut dan guna tisu bersihkan krim bercukur yang melekat di atas
      • corak yang berwarna-warni sekarang ada di atas kertas lukisan
  • Buku cerita: "Projek Diki dan Dita"
    • Menceritakan Diki dan Dita membawa balik barangan yang boleh dikitar semula. Lepas itu, mereka membersihkan barangan tersebut dan hantar ke tapak kitar semula.

  • Menyanyi - "12 bulan" dan "Hari dalam seminggu"

Thursday, June 23, 2016

Hijau

Tarikh: 10hb Jun, 2016

Kelas: Belimbing
Guru: Cikgu Kok

Topik: Warna
Masa: 3pm - 4pm

  • Sambung warna pelangi seterusnya - hijau
    • Makanan/tumbuh-tumbuhan/binatang berwarna hijau
      • sayur
      • kulit tembikai
      • katak
      • pisang yang tidak masak
      • durian
      • daun
      • rumput
      • kura-kura
      • epal hijau



  • Menyanyi - "12 bulan" dan "Hari dalam seminggu"