Mereka sudah tahu apa yang perlu dibuat. Jadi, saya hanya perlu bagi mereka kertas dan sediakan warna dengan berus, mereka sudah boleh bermula. Sekejap sahaja sudah habis mewarnakan kertas.
Permainan - sementara menunggu kertas kering
benda yang mempunyai sama ada warna merah, jingga atau kuning
setiap orang hanya pegang satu sahaja
duduk dalam bulatan
apabila warna disebut, dari orang pertama yang mempunyai benda warna tersebut berdiri bergilir-gilir
sesiapa berdiri sebelum orang sebelumnya atau orang yang tidak mempunyai warna tersebut berdiri, maka kena meninggalkan permainan
permainan berakhir apabila tinggal beberapa orang sahaja
Sambung projek pelangi - gunting kertas - apabila kertas sudah kering
Ceritakan seorang budak yang sangat suka melukis. Tetapi di dalam kelas dia ada lagi seorang yang sangat pandai melukis. Justeru itu, dia berusaha dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dia mendapat lima bintang dalam penilaian melukis.
Carikan bintang di dalam kelas
Kira bilangan bintang kuning, meja kuning dan botol air kuning di dalam kelas
Isikan pewarna makanan yang berlainan warna bercampur dengan air di beberapa bekas yang kecil
Isikan air di dalam sebuah bekas
Semburkan krim bercukur di atas air dalam bekas
Gunakan straw untuk menyedut warna dan menitik di atas krim bercukur
Warna itu akan mengalir dari atas krim bercukur ke dalam air
Mereka dapat melihat warna itu tersebar di dalam air dari luar bekas
Selepas saya tunjukkan mereka cara untuk menghasilkan hujan berwarna ini serta cara untuk menyedut dan menitik warna dengan straw, mereka pun bermula membuat dengan diri sendiri.
Ini dipanggil "Hujan Berwarna" sebab krim bercukur bagaikan awan, apabila berat (warna) maka turunlah hujan.
barang itu mesti mempunyai salah satu daripada tiga warna, iaitu merah, jingga, dan kuning
semua orang duduk di atas lantai dan hanya berdiri apabila warna yang disebut sama dengan warna barang yang mereka pegangkan
Buku cerita - Lukisan Blob
Menceritakan seorang budak lelaki bernama Haikal. Dia sangat suka melukis. Pada hari jadi ibunya, dia ingin melukis sesuatu untuk ibunya. Tetapi dia terkena bekas warnanya dan warna itu tercurah di atas kertas lukisannya. Ibu dia mengajar dia untuk mengguna imaginasi dan kreativitinya untuk melukis atas kertas lukisan yang sama. Akhirnya, dia menukar 'blob' warna itu menjadi itik di dalam lukisannya.
Sebutkan makanan, binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda semula jadi yang berwarna kuning. Jawapan mereka termasuk
pisang
limau
bulan
bintang
nenas
jagung
telur kuning
bunga kekwa
Aktiviti:
Tahap 1
Setiap orang mencarikan sesuatu yang berwarna kuning dan pegangkan.
Mereka ketuk lantai dengan barangan tersebut mengikut rentak yang diberikan saya.
Tahap 2
Saya bahagikan mereka kepada 2 kumpulan.
Mereka perlu mengikuti arahan saya untuk mengetuk lantai secara bergilir-gilir.
Pada mulanya, kebanyakan mereka tidak faham apa yang saya mintakan. Selepas 2 pusingan, kebanyakan mereka sudah faham cara aktiviti ini. Walaubagaimanapun, ada beberapa orang tidak dapat faham langsung permintaan saya, walaupun kawan mereka sudah turut menerangkan dan saya juga memegang tangan mereka untuk membantu mereka fahamkan.