Gunting kepada kepingan kecil dan melekat pada pelangi.
Ini kali kedua mereka membuat aktiviti ini. Kebanyakan mereka sudah tahu mahu buat apa, mereka gunting dengan cepat. Ada pula guntingkan kepada kepingan yang lebih besar daripada sebelum ini.
Mereka telah belajar tentang warna sekunder. Jadi, saya campurkan warna merah dan warna kuning untuk mendapatkan warna jingga untuk mereka.
Pada mulanya, saya letak terlalu banyak merah, mereka tidak menerima yang campuran itu adalah jingga. Hasilnya untuk mereka masih adalah warna merah. Justeru itu, saya tambahkan lebih kuning sehingga mereka angguk kepala.
Selepas berjaya menghasilkan jingga yang mereka mahu, mereka pun bermulalah mewarnakan kertas yang saya bagikan mereka.
Hari ini saya suruh mereka guntingkan keping kertas merah yang telah mereka warnakan semalam kepada kepingan yang kecil.
Selepas itu, mereka lekatkan kepingan kecil tersebut di atas pelangi yang telah saya lukiskan di atas kertas manila. Merah ini dilekatkan di aras pertama.
Langkah pertama - saya bagi mereka setiap orang sekeping kertas. Mereka perlu warnakan kertas itu merah.
Ini hari pertama untuk membuat pelangi, jadi ramai yang tidak pasti apa yang perlu dibuat. Justeru itu, mereka memerlukan masa yang lebih untuk habiskan kerja ini.
Kami biarkan kertas-kertas merah itu kering. Esok akan sambung ke langkah kedua.
Mereka mencarikan benda berwarna jingga di dalam kelas.
Selepas itu, saya tanya mereka sebutkan benda yang warna semula jadi adalah jingga. Jawapan mereka termasuk
oren
labu
betik
mangga
matahari
bunga matahari
Kemudian, saya bacakan mereka buku cerita "Tin dan Tol". Ceritanya adalah berkaitan dengan Tin dan Tol yang masing-masingnya tin dan botol plastik terpakai. Mereka kemudian dibasuh dan dihiaskan dengan warna yang cantik untuk digunakan sebagai bekas letak pensel.
Saya tanya mereka sama ada mereka masih mengingati ayat untuk susunan warna pelangi. Jawapannya "Tidak!" haha...
Jadi, saya ulang balik, tulis di atas papan dan ajar mereka cara untuk mengingati warna.
Kami akan membuat pelangi nanti. Ikuti susunan warna pelangi, kami bermula dengan merah.
Saya tanya mereka apakah barangan di sekeliling kita yang asalnya berwarna merah? Jawapan mereka adalah mainan, botol air, kertas, dan lain-lain lagi. haha... Ini bukannya jawapan yang saya mahu sebenarnya.
Jadi, saya pun bagi contoh, seperti sayur-sayuran ada tomato, cili, yang warnanya tak boleh diubah mengikut suka hati kita. Kali ini, adalah yang bagi jawapan lain seperti strawberi, kereta bomba, kumbang-kumbang, dan lain-lain lagi.